English Language  

Kampung Semapu terletak di daerah Sematan apabila SALCRA mula bertapak di kampung tersebut pada tahun 1993 setelah diberi penerangan atau ceramah oleh agensi tersebut.

Dialog Isap nyata 1isapnyata01

Pada masa itu, kami di empat (4) buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Judin, Kampung Sebako dan Kampung Paon menyertai mesyuarat bersama pihak SALCRA, yang mana kami diberi taklimat mengenai langkah – langkah membangunkan tanah terbiar. Setelah berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk menyertai SALCRA pada tahun 1995.
Sebelum adanya SALCRA, kami menanam koko. Bagaimanapun, hasil koko tidak menentu dan susah untuk dijangka kerana sering diserang serangga. Ini menyebabkan kos penjagaan tanaman koko agak tinggi.

Dialog Isap Nyata 2

Tambahnya, kehidupan beliau sekeluarga agak sukar sebelum menyertai SALCRA walaupun merupakan ketua kampung.

Isap Nyata dan IsteriDialog Isap Nyata 3

*Selesa ... KK Isap Nyata dan isteri, Monjeb Noket tersenyum apabila mampu membina rumah konkrit setelah menjadi peserta SALCRA

Ketua Kampung Isap yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ladang SALCRA (AJPLS) bekerjasama dengan pengurus ladang SALCRA menerusi mesyuarat yang ditetapkan pada satu – satu masa. “Selain itu, kami juga mengadakan gotong – royong membersihkan blok ladang bersama pekerja yang lain. Maka, saya tidak pernah menyesal ketika membuat keputusan untuk menyertai SALCRA”.