The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 2253
  • |
  • Total 1844939

 

Displaying items by tag: SALCRA

[quix id='459' name='LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM KHAS BUMIPUTERA (PKB) SARAWAK']

9 October 2025, Lubok Antu: SALCRA, selaku agensi pelaksana bagi Projek Naik Taraf Jalan Ladang di Bulo, Lubok Antu di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak, telah menerima lawatan pemantauan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bersama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak dan Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) pada 9 Oktober 2025.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja naik taraf jalan ladang dilaksanakan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan. Projek ini memberi manfaat kepada penduduk Rumah Panjang Bulo, Rumah Panjang Sukong dan Rumah Panjang Batu Bebini, melalui peningkatan kemudahan asas dan akses di kawasan berkenaan.

Selain menilai kemajuan projek, lawatan ini turut memperkukuh kerjasama serta hubungan strategik antara ICU JPM, SIMU, PPN Sarawak dan SALCRA, bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan luar bandar dijalankan secara teratur, berkesan, dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama serta sokongan semua agensi yang terlibat, yang turut menyumbang kepada kelancaran lawatan pemantauan ini.

Turut hadir semasa lawatan ialah wakil daripada ICU JPM, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe), Cik Wan Nur Safirah Meor Zainuazmi dan Puan Noor Asleena; wakil SIMU, Ketua Bahagian Peruntukan Persekutuan, Encik Wan Jamaludin Wan Abdul Wahap dan Penolong Pengarah, Puan Christa Dari; wakil PPN Sarawak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Sosioekonomi, Puan Norisal Saili dan Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pembangunan Zon Sri Aman, Puan Noor Izzah Marzuki; serta wakil SALCRA daripada Pengurus Perkhidmatan Teknikal dan Kejuruteraan, Puan Maureen Tamin; Pengurus Pembangunan Perladangan, Encik Jeffery Stephen Beti; dan Ketua Bahagian Transformasi dan Pelaksanaan, Encik Kubu Jenggi.

 

 

Published in Information

[quix id='458' name='SALCRA TEAMS MAKE WAVES IN PADAWAN RAFT SAFARI 2025']

5 October 2025, Padawan: The Padawan Raft Safari 2025 once again united communities, government agencies, and adventure enthusiasts in one of Sarawak’s premier outdoor events. This year, SALCRA and its subsidiary, Bau Palm Oil Mill Sdn. Bhd. (BAPOM), proudly fielded 10 teams with 40 participants, showcasing teamwork, endurance, and unity across the Women’s Open (15KM) and Government Agency (22KM) categories.

Congratulations and well done to Team Dayung Tasik Biru 1 (BAPOM), led by Puan Penny Nyapay, Mill Manager of BAPOM, for achieving a remarkable 1st Place victory in the Women’s Open 15KM category! An equally commendable performance was delivered by Team Dayung Tasik Biru 2, which achieved an impressive 8th Place in the same category.

A special note of appreciation goes to Puan Maureen Tamin, Chairperson of KRESS, for her unwavering support and encouragement throughout the event. Heartfelt thanks are also extended to all participants — your dedication, teamwork, and positive spirit truly embody SALCRA’s core and operating values.

[quix id='465' name='SALCRA TEAMS MAKE WAVES IN PADAWAN RAFT SAFARI 2025 (2)']

May this spirit of collaboration and determination continue to inspire greater participation, stronger teamwork, and shared success in the years ahead. Together, we make waves — and move forward as one.

 

 

Published in Information

[quix id='457' name='PEMILIHAN PROJEK KIK PERINGKAT WILAYAH 2025 BERJALAN DENGAN BERJAYA']

Anjuran Jawatankuasa Pemandu KIK SALCRA

21 Kumpulan | 178 Peserta

11–12 September 2025 | Wilayah Serian & Bau/Lundu

24–25 September 2025 | Wilayah Sri Aman & Saratok

[quix id='464' name='PEMILIHAN PROJEK KIK PERINGKAT WILAYAH 2025 BERJALAN DENGAN BERJAYA (2)']

Program ini berjaya dilaksanakan hasil dorongan dan sokongan berterusan daripada pihak Pengurusan Tinggi SALCRA, dengan kerjasama padu semua pihak. Setiap projek mempamerkan idea kreatif, semangat tinggi, dan usaha penambahbaikan.

Terima kasih kepada para juri, pengurus-pengurus kawasan, pasukan urus setia dan para peserta yang telah menyempurnakan program ini. Tahniah dan syabas kepada semua kumpulan KIK atas komitmen dan pencapaian yang telah ditunjukkan.

 

 

Published in Information
Saturday, 08 November 2025 14:03

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS

[quix id='455' name='KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS 1']

22 – 23 September, Kota Samarahan: Keselamatan di tempat kerja merupakan keutamaan SALCRA. Sehubungan itu, Unit Keselamatan dan Kesihatan di bawah Jabatan Direktorat dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Stampin telah menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas Asas pada 22 hingga 23 September 2025 di Wisma SALCRA, Kota Samarahan.

Seramai 50 orang kakitangan SALCRA telah menyertai kursus ini, yang dibahagikan kepada dua kumpulan: peserta kursus penyegaran untuk memperbaharui pengetahuan dan kemahiran sedia ada, serta peserta baharu yang mengikuti kursus asas melalui sesi teori dan amali. Modul latihan turut merangkumi ujian bertulis dan ujian amali, memastikan setiap peserta menguasai kemahiran pertolongan cemas dan mampu mengaplikasikannya dengan yakin dalam situasi kecemasan.

[quix id='463' name='KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS 2']

Penganjuran kursus ini menegaskan komitmen SALCRA dalam menjaga kebajikan kakitangan, membudayakan persekitaran kerja yang selamat, memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan, dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan berkesan, selaras dengan usaha mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan mampan.

Published in Information
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: NOV. 8, 2025