
25 Julai 2024, Kuching: Sebanyak lima (5) Kumpulan Kreatif dan Inovatif SALCRA iaitu Kumpulan Whizz dari Kilang Kelapa Sawit Bau (BAPOM), Kumpulan Taee KIK Force dari Ladang Kelapa Sawit Taee Serian, Batu Kaya Creative Team dari Ladang Kelapa Sawit Batu Kaya, Kumpulan UBM (Undan Berjaya Maju) dari Ladang Kelapa Sawit Undan dan Kumpulan Kran_An dari Ladang Kelapa Sawit Saratok, bertanding dalam Konvensyen Innovative and Creative pada peringkat Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) 2024 yang telah diadakan di Imperial Hotel, Kuching.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Whizz dari Kilang Kelapa Sawit Bau (BAPOM) yang telah berjaya menawan tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta trofi kemenangan.
Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berinovasi.
Syabas dan Selamat Maju Jaya!