9 Mac 2024, Kuching: Kumpulan Dart SALCRA telah memenangi tempat ketiga keseluruhan dalam Kejohanan Dart Antara Kelab Gabungan MAKSAK yang telahpun diadakan di Riverside Kuching pada 8 dan 9 Mac 2024 yang lepas.
Tambahan lagi, pasangan beregu wanita SALCRA iaitu Cik Whitney Jee dan Cik Shasha Risha telah merangkul gelaran Juara Kategori Beregu Wanita. Mereka telah menewaskan Kumpulan BSN pada perlawanan terakhir dengan keputusan 2-0.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota SALCRA yang telah terlibat dalam kejohanan tersebut!