31 Oktober 2023, Serian: Seramai 30 orang pelajar dan dua (2) orang pegawai pengiring dari Institut Pertanian Sarawak membuat satu lawatan ke Ladang Kelapa Sawit SALCRA di Estet Kedup 2.
Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar mempelajari tentang sistem perladangan di estet, pengurusan keselamatan pekerja di ladang, amalan pertanian yang baik berdasarkan GAP (Good Agricultural Practices) di peringkat estet, pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada peringkat ladang, serta pengurusan dan penyeliaan pekerja.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Ketua Agronomi, Kelestarian dan Penyelidikan, Puan Jacinta Graley.
By Priscilla Grace