5 Mac 2024, Serian: Seramai 32 orang pelajar Sekolah Menengah Utsunomiya Chuo, Jepun telah melawat ke kawasan operasi SALCRA hari ini, iaitu Ladang Kelapa Sawit Kedup 2 dan Kilang Minyak Kelapa Sawit - Serian Palm Oil Mill Sdn. Bhd. (SEPOM).
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penanaman dan pengurusan kelapa sawit, serta operasi dan pengeluaran minyak kelapa sawit.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Jurutera Kilang, Encik Joseph Ratan, Pengurus Estet Kedup 1, Encik Baron Jonathan dan Pengurus Estet Kedup 2, Encik Shafiq bin Sarkawi.