The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1284
  • |
  • Total 959841

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA STAF SALCRA

29 Mac 2024, Serian: Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, Ahli Jawatankuasa Surau SALCRA (Wisma SALCRA) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama staf SALCRA dan Pekerja Migran Indonesia yang bertempat di Dewan Serbaguna Ladang Kelapa Sawit Melikin.

Pihak Majlis juga mengambil peluang ini untuk mengagihkan sumbangan bubur lambuk dan kurma bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga kerja SALCRA.

Kemudian, majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan diteruskan dengan solat maghrib berjemaah.

Warga SALCRA yang hadir juga berkesempatan menunaikan solat sunat Terawih yang diimamkan oleh Ustaz Ebby Fazree bin Zailani dari Dai’ Lembaga Al-Hidayah Kuching.

Turut hadir Pengurus Ladang Kelapa Sawit Melikin, Encik Rejin Alang dan Pengerusi Jawatankuasa Surau SALCRA (Wisma SALCRA) Encik Ali Suhaili.

 

More activities

© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JANUARY. 17, 2025