The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1346
  • |
  • Total 959903

 

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK LADANG KELAPA SAWIT SALCRA DI ULU SUNGAI WAK, PAKAN, SARIKEI

8 Oktober 2024, Pakan: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Maclaine @ Martin Ben menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Kelapa Sawit Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) di Ulu Sungai Wak, Pakan, Sarikei yang bakal memberi manfaat kepada seramai 346 orang pemilik tanah dari 7 buah rumah panjang dengan keluasan projek seluas 3,800 hektar.

Projek ini dijangka bermula pada Oktober 2024 dengan 350 hektar yang akan dibangunkan pada fasa pertama.

Turut hadir bersama ialah Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) merangkap ADUN Pakan YB Tan Sri William Mawan Ikom; Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Tuan Sirai Daha, Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), Prof Dr Harry Entebang; dan Timbalan Pengurus Besar, Encik Sikin Sentok.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom telah merasmikan Majlis Pelancaran Pecah Tanah Projek Ladang Kelapa Sawit SALCRA di Ulu Sungai Wak, Pakan, Sarikei yang telah diadakan di RH Hotel, Sibu bersama wakil peserta ladang kelapa sawit SALCRA dari Ulu Sungai Wak, Pakan pada hari sebelumnya sebagai simbolik pembangunan kepada penduduk tempatan dan kesinambungan usaha Kerajaan Sarawak melalui SALCRA dalam membangunkan tanah adat Bumiputera di Sarawak.

© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JANUARY. 17, 2025