The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1224
  • |
  • Total 959781

 

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SALCRA DAN MPOB SEMASA TOT SARAWAK 2024

14 Oktober 2024, Kuching: Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) semasa Program Pemindahan Teknologi Sawit Sarawak 2024 (TOT Sarawak 2024) di Pusat Konvensyen CIDB, Sarawak.

Majlis Pertukaran MoU ini disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Besar SALCRA, Tuan Sikin Sentok dan Ketua Pengarah MPOB, YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Kerjasama antara SALCRA dan MPOB ini mensasarkan penghasilan formulasi pelet makanan ternakan lembu pedaging berasaskan sawit di mana pendekatan ini dapat mengurangkan bahan mentah import seperti jagung dan dedak kacang soya.

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi pertukaran ilmu bersiri yang bertujuan menggalakkan pengkomersialan teknologi dalam industri sawit oleh penggiat industri sawit dan usahawan mikro, kecil dan sederhana di Sarawak.

Turut hadir bersama ialah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Martin Ben; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YBhg. Datu Sirai Daha.

© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JANUARY. 17, 2025