The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1097
  • |
  • Total 705276

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-9 KOPERASI PERMODALAN SALCRA SARAWAK BERHAD

11 Ogos 2023, Kota Samarahan: Mesyuarat Agung Tahunan ke-9 Koperasi Permodalan SALCRA Sarawak Berhad (KPSSB) telah diadakan di Wisma SALCRA. Mesyuarat tahunan ini dipengerusi oleh Encik Mohd Dzulfakhri Bin Abdullah dan dihadiri seramai 189 anggota.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincang, menimbang dan meluluskan agenda-agenda yang penting berkaitan dengan kewangan, prestasi, urus tadbir, pulangan dividen kepada anggota termasuk apa-apa cadangan atau aduan daripada anggota bagi menambahbaik operasi KPSSB. Mesyuarat turut menekankan komitmen KPSSB dalam membantu meningkatkan pendapatan dan seterusnya memberikan pulangan keuntungan kepada anggota. Pada Mesyuarat kali ini, KPSSB telah mengisytiharkan pengagihan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak 10% yang berjumlah RM148,598.00. Setakat 31 Julai 2023, jumlah anggota yang telah diluluskan dan aktif adalah seramai 965 orang dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2,074,783.00 yang mana menunjukkan peningkatan dan keyakinan terhadap KPSSB dalam kalangan anggota.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang KPSSB dan inisiatifnya, sila hubungi  Puan Elvy Anak Keming di 082-621881 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. KPSSB mengalu-alukan keanggotaan daripada para peserta projek SALCRA, kakitangan SALCRA yang masih berkhidmat atau yang telah bersara, dan juga kakitangan Kumpulan Syarikat SALCRA yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.

Teruskan mengikuti perkembangan dan melabur bersama KPSSB untuk menikmati manfaat sebagai anggota!

By Priscilla Grace Poul

 

More activities

© 2024 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JULY. 18, 2024