The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1324
  • |
  • Total 959881

 

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN AGENSI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI/PINJAMAN (LKT) BILANGAN NO. 2/2024

24 September 2024, Kota Samarahan: Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri / Pinjaman (LKT) Bilangan 2/2024 kali ini diadakan di Wisma SALCRA. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. Encik Mohd Kamal Bin Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi.

Turut hadir di mesyuarat ini ialah Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah serta Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Pejabat KKDW Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, wakil Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) serta agensi rangkaian seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), wakil SALCRA, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP),  Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi membentangkan laporan prestasi semasa projek dan juga membincangkan isu berkaitan pelaksanaan projek pembangunan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Delegasi mesyuarat turut berkesempatan untuk melawat Projek Ladang Kelapa Sawit Undan Fasa 2 dan Ladang Madu Kelulut peserta Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) SALCRA milik Penghulu Longer Anak Mised. Turut hadir bersama ialah Pengurus Pengeluaran Perladangan, Encik Bobby Sangai; Ketua Bahagian Agronomi, Kelestarian dan Penyelidikan, Puan Jacinta Graley; Ketua Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMU), Encik Johny Karin; dan Pengurus Wilayah Bau-Lundu, Encik Nelson Janen.

© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JANUARY. 17, 2025