26 Jun 2024, Kota Samarahan: SALCRA sekali lagi telah menganjurkan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat SALCRA kali ketiga di Wisma SALCRA.
TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan Le Penseur (Lubok Antu Palm Oil Mill 2) kerana telah dinobatkan sebagai Johan; Kumpulan Kran_an (Saratok Oil Palm Estate) sebagai Naib Johan, dan Whiz (Bau Palm Oil Mill Sdn. Bhd.) kerana telah memenangi tempat ketiga!
Turut hadir bersama para peserta dan para panel juri semasa Majlis Penangguhan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat SALCRA pada kali ini ialah Timbalan Pengurus Besar SALCRA, Encik Sikin Sentok.