27 Februari 2024, Kota Samarahan: SALCRA telah diaudit oleh dua (2) orang Juruaudit lantikan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak iaitu Encik Liew Ju Jeng dan Puan Diana anak Pike Kuwad, untuk pelaksanaan Balanced Scorecard (BSC) bagi tahun 2023. Sesi audit ini telah dihadiri oleh Kumpulan Pengurusan Strategik (SMT) yang diketuai oleh Encik Sikin Sentok, selaku Pengerusi SMT dan Timbalan Pengurus Besar SALCRA, serta Sekretariat BSC.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua warga SALCRA kerana telah berjaya meraih tahap Cemerlang iaitu sebanyak 100% yang telah diumum oleh Juruaudit semasa Mesyuarat Penutupan Audit.
Semoga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua warga SALCRA untuk terus mendokong usaha BSC pada masa hadapan dan terus konsisten dalam menyampaikan prestasi yang cemerlang.