22 Februari 2024, Lundu: SALCRA dengan kerjasama Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah mengadakan Bengkel Pengenalan Standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Aspek Sosial dalam Perniagaan untuk sekitar 100 Ahli Jawatankuasa Peladang SALCRA (AJPLS) di Pusat Latihan Bajo, Lundu.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan AJPLS mengenai topik kepentingan MSPO dan hak asasi manusia khususnya mengenai aspek buruh paksa dalam sektor kelapa sawit.
Para pegawai dari Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi menjayakan bengkel ini.
Kami berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua AJPLS khususnya dalam topik perniagaan dan hak asasi manusia.