22 September 2023, Petra Jaya: SALCRA merupakan salah satu pempamer dalam expo pertanian yang terbesar di Sarawak, Sarawak Agrofest 2023 yang baru sahaja disempurnakan pada 22 September 2023 oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Sarawak Agrofest 2023 menyediakan peluang kepada pemegang-pemegang taruh pertanian untuk mewujudkan jaringan, padanan perniagaan dan kerjasama bagi memperkukuhkan lagi rantaian bekalan serta nilai produk pertanian.
Dalam ucapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau menekankan komitmen SALCRA untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan yang berkualiti berasaskan sisa sawit di negeri ini.
Turut bersama dalam Majlis Perasmian, YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia II yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia; YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Infrastruktur & Pembangunan Pelabuhan Sarawak, serta YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.




By Priscilla Grace Poul