12 Julai 2024, Bintulu: SALCRA merupakan salah satu pempamer dalam expo pertanian yang terbesar di Sarawak, Sarawak Agrofest yang berlangsung selama 10 hari dari 12 sehingga 22 Julai 2024 di tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu. Sarawak Agrofest 2024 dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Sarawak Agrofest merupakan acara tahunan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) yang berperanan sebagai satu platform bagi mempromosikan teknologi pertanian terkini, berkongsi ilmu pertanian, mempamerkan produk pertanian serta menerokai peluang perniagaan dan kerjasama antara pihak swasta dalam sektor pertanian. Bertemakan "Enhancing Agro Sector, Empowering Community", ekspo pertanian ini mengetengahkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan pembangunan keusahawanan pertanian di Sarawak.
Suasana Sarawak Agrofest pada tahun ini bertambah meriah kerana ekspo ini diadakan seiring dengan sambutan Hari Sarawak 2024.
Turut bersama dalam Majlis Perasmian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Martin Ben, Setiausaha Tetap M-FICORD, Tuan Sirai Daha, Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi dan Residen Bahagian Bintulu, Encik Nyurak Keti.