21 Oktober 2023, Kuala Lumpur: SALCRA turut serta dalam Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur, bersama Jabatan, Lembaga dan Agensi di bawah seliaan Kementerian Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).
LBAS merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sarawak Volunteers dengan tujuan untuk memberi peluang kepada semua anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia untuk mengadakan perbincangan dan interaksi bersama para pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak.
Turut menghadiri majlis ini ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof merangkap Pengerusi Pengelola LBAS 2023 dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri serta rombongan peringkat tinggi dari Kerajaan Negeri Sarawak.


By Priscilla Grace