The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1249
  • |
  • Total 959806

 

SALCRA SERTAI PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN (MAHA) 2024

11 September 2024, Selangor: SALCRA merupakan salah satu pempamer dalam expo pertanian yang terbesar di Malaysia, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang berlangsung selama 10 hari dari 11 sehingga 22 September 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. MAHA 2024 dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

MAHA merupakan acara yang dianjurkan pada setiap dua (2) tahun oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia yang berperanan sebagai satu platform bagi mempromosikan teknologi pertanian terkini, berkongsi ilmu pertanian, mempamerkan produk pertanian serta menerokai peluang perniagaan dan kerjasama antara pihak swasta dalam sektor pertanian. Bertemakan "Menuai Harapan Membina Masa Hadapan", ekspo pertanian ini mengetengahkan komitmen Kerajaan Malaysia membawa elemen teknologi terkini untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia, dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Suasana MAHA pada tahun ini bertambah meriah kerana ekspo ini diadakan seiring dengan sambutan 100 tahun penganjuran MAHA.

Turut bersama dalam Majlis Perasmian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Martin Ben; Timbalan Setiausaha Tetap M-FICORD, Encik Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim; Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi; Pengarah Jabtan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, YBhg. Datu Dr. Adrian Susin Ambud; Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Encik Dominic Chunggat; dan Kumpulan Pengurusan SALCRA.

© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : httpS://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: JANUARY. 17, 2025