The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1362
  • |
  • Total 2036084

 

Displaying items by tag: MAKSAKGolf2025

[quix id='468' name='SALCRA SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANAN DI KEJOHANAN GOLF MAKSAK SARAWAK 2025']

18 Oktober 2025, Santubong: SALCRA menampilkan penyertaan membanggakan dalam Kejohanan Golf MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2025 yang telah berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Damai Golf and Country Club (DGCC).

Kejohanan tahun ini dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LANDAS) dan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), YBhg. Datu Buckland Bangik, mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dua pasukan SALCRA yang diketuai oleh YBhg. Datu Joseph Blandoi, Pengurus Besar SALCRA, telah beraksi dengan penuh semangat dan dedikasi sepanjang kejohanan. Penyertaan ini bukan sekadar medan pertandingan, tetapi turut menjadi platform untuk mempererat hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Dalam acara berpasukan, Pasukan SALCRA berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan  dengan Gross Score sebanyak 268 mata. Sementara itu, dalam acara individu, YBhg. Datu Joseph Blandoi mencatatkan prestasi cemerlang dengan tempat kedua keseluruhan bagi kategori Individu Gross, manakala Encik Peter Manjan (Ketua Pegawai Operasi – SFSB) memperoleh tempat ke-11 bagi kategori Individu Nett.

Kejayaan ini menjadi bukti komitmen dan semangat juang warga SALCRA dalam menggalakkan budaya sukan sebagai asas kepada gaya hidup sihat, disiplin diri, dan semangat berpasukan yang teguh.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan ini — satu lagi kejayaan yang menyerlahkan semangat kesatuan dan kebanggaan bersama warga SALCRA!

Published in Information
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: NOV. 25, 2025