The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1446
  • |
  • Total 2036168

 

Displaying items by tag: KUASA

[quix id='460' name='KIP_49 PESERTA PERINTIS BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM KUASA DI SARAWAK'] 

15–17 Ogos 2025

9–11 September 2025

8–9 Oktober 2025

SALCRA dengan penuh bangga merakamkan tahniah kepada 49 peserta yang telah berjaya menamatkan Program Pembangunan Asas Bisnes (KUASA) edisi perintis di Sarawak, hasil kerjasama strategik bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Program ini menyediakan pendedahan menyeluruh kepada peserta melalui tiga modul utama:

Kuasai Idea Perniagaan (KIP)

Kuasai Impak Niaga (KIN)

Kuasai Kewangan Perniagaan (KEP)

Sebagai inisiatif pertama INSKEN di Sarawak dengan SALCRA sebagai rakan strategik, program ini menyatukan usahawan kecil dan sederhana daripada pelbagai sektor tempatan, sejajar dengan aspirasi memperkasa komuniti luar bandar melalui pembangunan keusahawanan yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Sumber Manusia, Encik Alexander Wong, atas kesudian beliau menyempurnakan Majlis Penutupan Program. Turut hadir, Pengarah Jabatan Latihan INSKEN, Ts. Dr. Izham Naquiddin Shah, yang telah memberikan bimbingan dan sokongan padu kepada para peserta. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pasukan Jabatan Pembangunan Peserta, diketuai oleh Encik Jimbu Giman, serta semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada semua peserta perintis! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi pemangkin kepada peningkatan daya saing perniagaan masing-masing dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

Published in Information
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: NOV. 25, 2025