The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1357
  • |
  • Total 2036079

 

Displaying items by tag: MPC

8-10 Oktober 2025, Lundu: SALCRA terus mempertingkat inisiatif strategik pembangunan modal insan melalui penganjuran Bengkel Peningkatan Produktiviti Dan Kemahiran Personel Serta Pembangunan Modul Akademi Dalam Industri (ADI) yang berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober 2025 di SALCRA Bajo Training Centre (BTC), Lundu.

Bengkel ini dianjurkan oleh SALCRA Bajo Training Centre (SBTC) dengan Kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti serta peningkatan kecekapan seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, penyelaras dan tenaga pengajar dalaman SALCRA dengan kepakaran dalam pelbagai bidang.

[quix id='467' name='BENGKEL PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN KEMAHIRAN PERSONEL SERTA PEMBANGUNAN MODUL AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI)']

Fasilitator berpengalaman dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang diketuai oleh Puan Nor Idayuniza Rahmat (Timbalan Pengarah) bersama Puan Shahidah Samsudin (Pengurus) dan Puan Siti Hadrawati (Associate, MPC), telah berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam memperkukuh pendekatan pembelajaran, pembangunan modul latihan, serta strategi peningkatan produktiviti yang sejajar dengan amalan terbaik industri.

Penganjuran bengkel ini merupakan inisiatif penting dalam memperkasa keupayaan para peserta bagi memastikan pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri (ADI) di SALCRA kekal relevan, berkesan serta seiring dengan keperluan semasa industri.

 

Bajo Training Centre (BTC) -  Tempat terbaik untuk latihan, mesyuarat & acara korporat. Kemudahan lengkap, suasana kondusif, khidmat mesra – kejayaan acara anda dijamin.  Rancang sesi korporat anda bersama kami hari ini!

 

 082-733000 |  wasap.me/0168700495

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Find us on Google Maps

Published in Information
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: NOV. 25, 2025