The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1853
  • |
  • Total 1416910

 

Aug 07, 2025

KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)

24 Julai 2025, Putrajaya: Delegasi SALCRA yang diketuai oleh Pengurus Besar, Tuan Joseph Blandoi, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada pagi ini di Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja antara kedua-dua pihak serta membincangkan hala tuju pembangunan desa di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia yang sedang berjalan dan perancangan masa hadapan.

SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, atas kesudian menerima kunjungan ini serta meluangkan masa untuk sesi perbincangan yang bermakna.

Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pegawai-pegawai KKDW yang terlibat atas kerjasama dan fasilitasi yang diberikan dalam menjayakan sesi ini.

Last modified on Thursday, 07 August 2025 07:25