[quix id='459' name='LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM KHAS BUMIPUTERA (PKB) SARAWAK']
9 October 2025, Lubok Antu: SALCRA, selaku agensi pelaksana bagi Projek Naik Taraf Jalan Ladang di Bulo, Lubok Antu di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak, telah menerima lawatan pemantauan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bersama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak dan Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) pada 9 Oktober 2025.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja naik taraf jalan ladang dilaksanakan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan. Projek ini memberi manfaat kepada penduduk Rumah Panjang Bulo, Rumah Panjang Sukong dan Rumah Panjang Batu Bebini, melalui peningkatan kemudahan asas dan akses di kawasan berkenaan.
Selain menilai kemajuan projek, lawatan ini turut memperkukuh kerjasama serta hubungan strategik antara ICU JPM, SIMU, PPN Sarawak dan SALCRA, bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan luar bandar dijalankan secara teratur, berkesan, dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama serta sokongan semua agensi yang terlibat, yang turut menyumbang kepada kelancaran lawatan pemantauan ini.
Turut hadir semasa lawatan ialah wakil daripada ICU JPM, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe), Cik Wan Nur Safirah Meor Zainuazmi dan Puan Noor Asleena; wakil SIMU, Ketua Bahagian Peruntukan Persekutuan, Encik Wan Jamaludin Wan Abdul Wahap dan Penolong Pengarah, Puan Christa Dari; wakil PPN Sarawak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Sosioekonomi, Puan Norisal Saili dan Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pembangunan Zon Sri Aman, Puan Noor Izzah Marzuki; serta wakil SALCRA daripada Pengurus Perkhidmatan Teknikal dan Kejuruteraan, Puan Maureen Tamin; Pengurus Pembangunan Perladangan, Encik Jeffery Stephen Beti; dan Ketua Bahagian Transformasi dan Pelaksanaan, Encik Kubu Jenggi.