The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1649
  • |
  • Total 1688937

 

Apr 16, 2025

LATIHAN KESEDARAN ISO 37001:2016 (ABMS)

 

20 Mac 2025, Kota Samarahan: SALCRA terus memperkukuh komitmen dalam memastikan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti tinggi. Baru-baru ini, Unit Integriti, Jabatan Direktorat telah berjaya menganjurkan Latihan Kesedaran ISO 37001:2016 - Anti-Bribery Management System (ABMS) bertempat di Dewan Persidangan, Wisma SALCRA.

Seramai 32 kakitangan daripada pelbagai jabatan telah terlibat secara aktif dalam sesi yang memberi penekanan terhadap prinsip utama ABMS, kepentingan pematuhan terhadap standard antarabangsa, dan langkah-langkah pencegahan rasuah dalam operasi harian.

Di SALCRA, kami TEGAS dan KONSISTEN melaksanakan Dasar “NO GIFT POLICY”, demi memastikan setiap keputusan yang dibuat bebas dari sebarang konflik kepentingan dan kekal telus. Tahniah kepada semua kakitangan SALCRA atas komitmen berterusan dalam menjadikan integriti sebagai budaya kerja kita!

Last modified on Friday, 02 May 2025 02:52
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: OCT. 2, 2025