18 September 2025, Kota Samarahan: Unit Integriti di bawah Jabatan Direktorat bersama Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Kesedaran Integriti 4/2025 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Seramai 65 peserta daripada subsidiari (BAPOM, SEPOM & SAPOM) dan pejabat wilayah SALCRA di Bau/Lundu, Serian, Sri Aman, LAPOM 1 dan 2, Saratok serta Betong Development Office telah turut serta.
Peserta didedahkan dengan topik penting berkaitan Integriti dan Etika Profesional, Pematuhan Undang-undang, Tadbir Urus Baik serta Tanggungjawab Sosial, yang memberi pengetahuan bermanfaat untuk diterapkan dalam tugas harian.
Kemuncak acara ialah Lafaz Ikrar Bebas Rasuah, yang menegaskan komitmen SALCRA untuk menolak rasuah serta memperkukuh budaya ketelusan, akauntabiliti dan pencapaian mampan serta berdaya saing.