4 November 2025 | Wisma SALCRA
Sebagai usaha berterusan memperkukuh nilai integriti dan amalan tadbir urus beretika dalam organisasi, Unit Integriti di bawah Jabatan Direktorat dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Kesedaran Integriti 5/2025. Penganjuran ini turut disokong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).
Seramai 40 orang peserta daripada Ibu Pejabat, Bajo Training Centre (BTC) serta pejabat wilayah Serian dan Bau/Lundu telah menyertai program ini yang bertujuan memperkukuh kefahaman tentang nilai integriti, etika kerja dan amalan tadbir urus yang baik.
Antara topik menarik yang dikongsikan termasuk:
- “Yes Boss! Tapi Menangis Dalam Hati” – ASP Ujan anak Kiaw, ACP Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kuching
- “Di Sebalik Senyuman Organisasi: Luka Buli dan Gangguan Seksual” – Puan Sharon anak Walsin @ Wilson, Pegawai Kebajikan Masyarakat, JKMS
- “Pengenalan kepada AMLA 2001” – Puan Maini William, Penguasa Kanan, SPRM Sarawak
- “ABMS 37001:2016” – Puan Susan Steward Ngau Ding, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), Unit Integriti, SALCRA
Program diakhiri dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah, sebagai tanda komitmen berterusan warga kerja terhadap integriti, ketelusan dan tadbir urus beretika dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.