The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 912
  • |
  • Total 1618038

 

Jul 28, 2025

SALCRA BERSAMA KOMUNITI DI PESTA SARATOK 2025

 

12 Julai 2025, Saratok: SALCRA terus komited mendekati komuniti! Pada 12 dan 13 Julai 2025, SALCRA berpeluang menyertai Pesta Saratok 2025 sebagai salah satu pempamer di Dewan Masyarakat Saratok.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur atas jemputan dan ruang yang diberikan kepada SALCRA untuk berkongsi peranan kami dalam pembangunan tanah serta memperkenalkan program-program kami kepada warga Saratok.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di reruai SALCRA! Kehadiran dan sokongan anda memberi semangat kepada kami untuk terus memperkasa komuniti luar bandar melalui pelbagai inisiatif.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, warga Saratok dan para petugas reruai SALCRA atas komitmen dan penglibatan aktif dalam menjayakan Program Pameran Pembangunan sempena Pesta Saratok 2025.

Seterusnya, SALCRA akan menyertai Agrofest 2025 di Spaoh dari 25 hingga 27 Julai 2025.

Jangan lepaskan peluang! Ayuh, datang ramai-ramai dan raikan agrokomuniti bersama SALCRA!

 

 

Last modified on Wednesday, 13 August 2025 07:02