The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 2127
  • |
  • Total 1382492

 

Displaying items by tag: Integriti dan Psikologi

[quix id='444' name='PENYERTAAN SALCRA DALAM HARI INTEGRITI DAN PSIKOLOGI PERINGKAT M-FICORD 2025']

15 Julai 2025, Kuching: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan menyertai Hari Integriti dan Psikologi Peringkat Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) 2025, yang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Julai 2025 di Hotel Hilton, Kuching.

Majlis penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, dan dihadiri oleh pelbagai jabatan serta agensi di bawah naungan M-FICORD.

Antara pengisian utama ialah sesi menandatangani dan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha, serta disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Encik Hasbilah bin Mohamad Salleh. Upacara tersebut disertai dengan penuh semangat oleh warga kementerian dan agensi yang hadir, sebagai simbolik komitmen bersama dalam membudayakan integriti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.

Seramai 20 orang warga SALCRA telah mengambil bahagian dalam program ini, yang bukan sahaja menyemarakkan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam, malah memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara agensi yang bernaung di bawah M-FICORD. Program yang padat dengan pengisian bermakna ini turut menampilkan pameran bertemakan integriti dan psikologi, selain ceramah inspiratif daripada wakil SPRM dan pakar kesihatan mental dari Hospital Sentosa Kuching. Para peserta diberi pendedahan mengenai pentingnya pemantapan nilai moral serta kesedaran kesihatan mental sebagai asas kepada kecemerlangan kerja dan kesejahteraan organisasi.

Penyertaan SALCRA dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong inisiatif pembudayaan integriti serta pembangunan psikologi warga kerja. SALCRA percaya bahawa persekitaran kerja yang beretika, telus dan berdaya tahan merupakan kunci utama dalam memacu kemajuan organisasi dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Integriti Disemat, Psikologi Diperkuat” menjadi tema yang tepat bagi program ini, sejajar dengan aspirasi untuk membentuk organisasi kerajaan yang kukuh dari segi nilai dan daya saing mental serta emosi.

Published in Information