12 Februari 2026 | Fifty Six Hotel, Kuching
SALCRA telah menyertai Bengkel Pentadbir TALIKHIDMAT Agensi 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Premier Sarawak melalui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Bengkel ini menghimpunkan pentadbir TALIKHIDMAT daripada pelbagai agensi bagi memperkukuh amalan pengurusan maklum balas awam melalui Sistem TALIKHIDMAT secara lebih tersusun dan berkesan.
Sepanjang program, peserta mengikuti modul yang merangkumi pemahaman sistem, kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, komunikasi dalam perkhidmatan awam, pengendalian aduan serta akauntabiliti dan prestasi. Sesi dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada World Communications yang berkongsi pendekatan praktikal dan berstruktur dalam pengurusan aduan.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi). Dalam sesi tersebut, beliau turut berkongsi bahawa pengurusan aduan memerlukan tindakan yang tepat pada masanya, berorientasikan penyelesaian serta disampaikan dengan empati bagi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.
SALCRA menghargai peluang untuk turut serta dan akan terus berusaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam secara lebih tersusun dan berkesan.