13 Januari 2026 | Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
SALCRA telah menghadiri Majlis Amanat Perdana 2026 oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, bertemakan “9 Tahun Yang Gemilang” di Borneo Convention Centre Kuching. Penyertaan SALCRA melibatkan 20 pegawai yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBhg. Datu Joseph Blandoi. SALCRA turut menyertai reruai pameran di bawah penyelarasan kementerian berkaitan sempena majlis tersebut. Dalam amanatnya, YAB Premier Sarawak menekankan pencapaian pembangunan negeri sepanjang sembilan tahun lalu serta hala tuju pembangunan Sarawak selaras dengan Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-13 Sarawak (2026–2030). Seiring dengan agenda pembangunan negeri, SALCRA akan terus berusaha meningkatkan pembangunan sektor perladangan serta kesejahteraan sosioekonomi para peserta.