The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1785
  • |
  • Total 1238050

 

Displaying items by tag: SriAmanRegion

 [quix id='433' name='DGM Visit Sri Aman']

21 – 25 April 2025, Sri Aman : Timbalan Pengurus Besar SALCRA, Encik Sikin Sentok, bersama barisan pegawai kanan dan pasukan ladang telah mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Sri Aman bagi memantau pelaksanaan projek-projek utama, menyelaras tindakan penambahbaikan, serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja SALCRA.

Salah satu detik bermakna sepanjang lawatan ini ialah penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Penuai Terbaik (Top Harvester Award) yang berlangsung semasa sesi morning muster di ladang sawit. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan serta pencapaian individu, malah berperanan sebagai pemangkin motivasi kepada seluruh pasukan untuk terus mencapai tahap kecemerlangan dalam aspek produktiviti, kualiti, dan kecekapan kerja.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar sendiri sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan prestasi cemerlang para penerima berikut:

  1. Januari 2025: PMI Fiktoria – 75.43 MT
  2. Februari 2025: PMI Iswoko – 54.86 MT

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah! Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga SALCRA untuk terus melakar kecemerlangan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Published in Information