The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1967
  • |
  • Total 1247720

 

CCU | GAQD

CCU | GAQD

[quix id='412' name='KKDW VISIT']

24 September 2024, Kota Samarahan: Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri / Pinjaman (LKT) Bilangan 2/2024 kali ini diadakan di Wisma SALCRA. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. Encik Mohd Kamal Bin Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi.

Turut hadir di mesyuarat ini ialah Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah serta Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Pejabat KKDW Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, wakil Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) serta agensi rangkaian seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), wakil SALCRA, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP),  Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi membentangkan laporan prestasi semasa projek dan juga membincangkan isu berkaitan pelaksanaan projek pembangunan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Delegasi mesyuarat turut berkesempatan untuk melawat Projek Ladang Kelapa Sawit Undan Fasa 2 dan Ladang Madu Kelulut peserta Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) SALCRA milik Penghulu Longer Anak Mised. Turut hadir bersama ialah Pengurus Pengeluaran Perladangan, Encik Bobby Sangai; Ketua Bahagian Agronomi, Kelestarian dan Penyelidikan, Puan Jacinta Graley; Ketua Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMU), Encik Johny Karin; dan Pengurus Wilayah Bau-Lundu, Encik Nelson Janen.

[quix id='411' name='MAHA 2024']

11 September 2024, Selangor: SALCRA merupakan salah satu pempamer dalam expo pertanian yang terbesar di Malaysia, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang berlangsung selama 10 hari dari 11 sehingga 22 September 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. MAHA 2024 dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

MAHA merupakan acara yang dianjurkan pada setiap dua (2) tahun oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia yang berperanan sebagai satu platform bagi mempromosikan teknologi pertanian terkini, berkongsi ilmu pertanian, mempamerkan produk pertanian serta menerokai peluang perniagaan dan kerjasama antara pihak swasta dalam sektor pertanian. Bertemakan "Menuai Harapan Membina Masa Hadapan", ekspo pertanian ini mengetengahkan komitmen Kerajaan Malaysia membawa elemen teknologi terkini untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia, dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Suasana MAHA pada tahun ini bertambah meriah kerana ekspo ini diadakan seiring dengan sambutan 100 tahun penganjuran MAHA.

Turut bersama dalam Majlis Perasmian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Martin Ben; Timbalan Setiausaha Tetap M-FICORD, Encik Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim; Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi; Pengarah Jabtan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, YBhg. Datu Dr. Adrian Susin Ambud; Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Encik Dominic Chunggat; dan Kumpulan Pengurusan SALCRA.

Tuesday, 10 September 2024 01:39

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT SALCRA

[quix id='410' name='HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SALCRA 2024']

30 Ogos 2024, Kota Samarahan: Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi bersama-sama Kumpulan Pengurusan menyempurnakan acara memotong kek sebagai simbolik Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SALCRA. Acara ini telah diadakan di lobi Wisma SALCRA dan turut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan SALCRA.

Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi meluahkan rasa gembiranya apabila melihat warga SALCRA begitu semangat hadir menyambut Hari Kebangsaan Peringkat SALCRA dengan memakai busana yang unik melambangkan perpaduan kaum di Malaysia.

Sambutan tersebut terus diteruskan dengan acara pemasangan bendera Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwi pada kenderaan Lembaga dan staf oleh Pengurus Besar, Tuan Joseph Blandoi dan Timbalan Pengurus Besar, Encik Sikin Sentok.

Acara simbolik tersebut turut dimeriahkan dengan dendangan lagu patriotik diiringi oleh Kumpulan Koir SALCRA.

 

 

 

[quix id='409' name='AGM KPSSB KE-10']

16 Ogos 2024, Kota Samarahan: Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-10 Koperasi Permodalan SALCRA Sarawak Berhad (KPSSB) telah diadakan di Wisma SALCRA. Mesyuarat tahunan ini dipengerusi oleh Encik Mohd Dzulfakhri bin Abdullah dan dihadiri seramai 270 anggota.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincang, mempertimbangkan dan meluluskan agenda-agenda yang penting berkaitan dengan kewangan, prestasi, urus tadbir, pulangan dividen kepada anggota termasuk cadangan atau aduan daripada anggota bagi tujuan menambahbaik operasi KPSSB. Mesyuarat turut menekankan komitmen KPSSB dalam membantu meningkatkan pendapatan dan seterusnya memberikan pulangan keuntungan kepada anggota.

Pada Mesyuarat kali ini, KPSSB telah mengisytiharkan pembayaran dividen 15 peratus yang berjumlah RM 309,708.45 kepada 959 anggotanya bagi tahun 2023.

Setakat 31 Julai 2024, seramai 1,128 anggota telah diluluskan dan aktif dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 2.06 juta yang mana menunjukkan peningkatan dan keyakinan yang teguh terhadap KPSSB dalam kalangan anggota.

KPSSB mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 164 peratus kepada RM0.74 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, berbanding dengan RM 0.28 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Oleh kerana perkembangan yang memberangsangkan, Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-10 telah mempertimbangkan dan meluluskan untuk memanfaatkan sumber yang disediakan dalam empat (4) projek baharu bernilai RM 5.0 juta yang dijangka bermula pada tahun 2025. Antaranya adalah Pusat Pengumpulan Buah Tandan Sawit KPSSB yang ke-2 dan Portable Container System KPSSB yang ke-2 yang akan dibina di Bahagian Serian, pembelian mesin perkakas baharu untuk Pusat Pengumpulan Buah Tandan Sawit KPSSB, dan bidang hartanah.

Untuk tahun 2024, KPSSB mensasarkan untuk mencapai keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM0.60 juta, dan melebihi RM0.70 juta untuk tahun 2025.

Mesyuarat kali ini juga dengan bangganya berkongsi berita gembira bahawa KPSSB telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai salah satu daripada Top 350 Koperasi Terbaik 2023 di Malaysia.

KPSSB telah berjaya menduduki tempat ke-187 daripada 350 koperasi yang diiktiraf. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan memandangkan terdapat sejumlah 15,809 buah koperasi di seluruh Malaysia. Pada peringkat Sarawak, KPSSB berada di tangga ke-19 daripada 1,996 buah koperasi di seluruh Sarawak dan di tangga ke-2 daripada 63 buah koperasi di Bahagian Samarahan.

Pengiktirafan ini bukanlah titik noktah, tetapi satu permulaan untuk KPSSB terus maju dan berjaya. KPSSB komited untuk terus berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggota dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

Terima kasih kepada semua anggota yang telah memberikan sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Semoga kita terus bersama-sama mengorak langkah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Pihak KPSSB juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan  sepanjang tahun lepas.

KPSSB ditubuhkan pada 28 Jun 2013 dengan persetujuan oleh Lembaga SALCRA, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan pendaftaran KPSSB pada 1 Ogos 2013.

Secara asasnya, KPSSB merupakan salah satu usaha SALCRA untuk meningkatkan pendapatan para peserta SALCRA untuk mencapai sasaran RM4,000.00 sebulan.

 

 

Tuesday, 13 August 2024 01:27

E-NEWSLETTER ISSUE 02/2024

[quix id='408' name='E-NEWSLETTER ISSUE 2-2024']

BACK  

[quix id='407' name='PARA SUKMA']

31 August 2024, Kota Samarahan: The Deputy General Manager, Encik Sikin Sentok, warmly welcomed a courtesy visit from the Pahang PARA SUKMA contingent in conjunction with the Para SUKMA XXI, Sarawak 2024, at Wisma SALCRA.

The courtesy visit was led by the Deputy Chef De Mission for the Pahang Para SUKMA Contingent, Dato' Mohd Zaili bin Haji Besar. The purpose of the visit was to discuss the preparations for the Para SUKMA games, which will take place from 22 to 28 September 2024.

Also present during the visit was the SALCRA Management Team.

 

 

[quix id='406' name='NATSEM 2024']

15 July 2024, Miri: SALCRA is a proud Gold Sponsor for the 16th National Seminar (NATSEM) held from 15 to 17 July 2024, organised by the Incorporated Society of Planters (ISP) at the Pullman Miri Waterfront. The Minister for Food Industry, Commodity and Regional Development Sarawak (M-FICORD), YB Dato Dr. Stephen Rundi Utom represented the Premier of Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg to officiate the Opening Ceremony of the 16th NATSEM. 

The National Seminar is an annual event by the ISP, to provide platform for members in advancing planters' knowledge and fostering networking opportunities with global counterparts. Themed "Opportunities and Strategies for Profitability" this year, the Seminar shed light on key aspects crucial for enhancing the economic viability and sustainability of the oil palm industry. In line with the theme, the Minister echoed the importance of leveraging technology and innovation to adapt to climate change so that the agriculture sector can further advance and continue to support the economy.

The ISP was established in 1919 for the development and advancement of the professional interests of those involved directly and indirectly with the plantation industry.

Also present during the Official Opening Ceremony were the Secretary-General of the Ministry of Plantation and Commodities, Dato' Yusran Shah Mohd Yusof, the Permanent Secretary of the M-FICORD, Tuan Sirai Daha, and the General Manager of SALCRA, Tuan Joseph Blandoi.

 

 

Thursday, 08 August 2024 07:04

SALCRA SERTAI EKSPO SARAWAK AGROFEST 2024

[quix id='405' name='SAF 2024']

12 Julai 2024, Bintulu: SALCRA merupakan salah satu pempamer dalam expo pertanian yang terbesar di Sarawak, Sarawak Agrofest yang berlangsung selama 10 hari dari 12 sehingga 22 Julai 2024 di tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu. Sarawak Agrofest 2024 dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Sarawak Agrofest merupakan acara tahunan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) yang berperanan sebagai satu platform bagi mempromosikan teknologi pertanian terkini, berkongsi ilmu pertanian, mempamerkan produk pertanian serta menerokai peluang perniagaan dan kerjasama antara pihak swasta dalam sektor pertanian. Bertemakan "Enhancing Agro Sector, Empowering Community", ekspo pertanian ini mengetengahkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan pembangunan keusahawanan pertanian di Sarawak.

Suasana Sarawak Agrofest pada tahun ini bertambah meriah kerana ekspo ini diadakan seiring dengan sambutan Hari Sarawak 2024.

Turut bersama dalam Majlis Perasmian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Datuk Martin Ben, Setiausaha Tetap M-FICORD, Tuan Sirai Daha, Pengurus Besar SALCRA, Tuan Joseph Blandoi dan Residen Bahagian Bintulu, Encik Nyurak Keti.

Page 3 of 3