The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 4298
  • |
  • Total 1646008

 

Displaying items by tag: Exhibition

[quix id='449' name='SALCRA DI AGROFEST 2025, BINTULU — MENYEMAI INSPIRASI, MENUAI KENANGAN']

22 – 31 Ogos 2025, Lapangan Terbang Lama Bintulu: SALCRA sekali lagi menyertai Agrofest 2025 bersama jabatan dan agensi di bawah M-FICORD, sebagai platform penting untuk berkongsi peranan, fungsi, dan sumbangan kami dengan masyarakat, sambil mengeratkan hubungan dengan komuniti dan rakan industri di Bintulu.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Besar, Tuan Joseph Blandoi, Timbalan Pengurus Besar, Encik Sikin Sentok, dan seluruh barisan Pengurusan atas kehadiran dan sokongan berterusan sepanjang program ini.

Tahniah dan terima kasih juga kepada pasukan kami yang bertugas dengan dedikasi, serta kepada para pengunjung atas sokongan dan interaksi yang memeriahkan suasana.

Kehadiran anda semua amat dihargai.  Mari kita nantikan peluang untuk bertemu lagi dalam program akan datang!

Published in Information

 [quix id='443' name='SALCRA PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI PESTA SARATOK 2025']

12 Julai 2025, Saratok: SALCRA terus komited mendekati komuniti! Pada 12 dan 13 Julai 2025, SALCRA berpeluang menyertai Pesta Saratok 2025 sebagai salah satu pempamer di Dewan Masyarakat Saratok.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur atas jemputan dan ruang yang diberikan kepada SALCRA untuk berkongsi peranan kami dalam pembangunan tanah serta memperkenalkan program-program kami kepada warga Saratok.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di reruai SALCRA! Kehadiran dan sokongan anda memberi semangat kepada kami untuk terus memperkasa komuniti luar bandar melalui pelbagai inisiatif.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, warga Saratok dan para petugas reruai SALCRA atas komitmen dan penglibatan aktif dalam menjayakan Program Pameran Pembangunan sempena Pesta Saratok 2025.

Seterusnya, SALCRA akan menyertai Agrofest 2025 di Spaoh dari 25 hingga 27 Julai 2025.

Jangan lepaskan peluang! Ayuh, datang ramai-ramai dan raikan agrokomuniti bersama SALCRA!

 

 

Published in Information