The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 1254
  • |
  • Total 1381619

 

Displaying items by tag: SALCRAExhibition

 [quix id='443' name='SALCRA PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI PESTA SARATOK 2025']

12 Julai 2025, Saratok: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) terus menunjukkan komitmen teguh dalam mendekati komuniti luar bandar dengan menyertai Pesta Saratok 2025 yang berlangsung meriah pada 12 dan 13 Julai di Dewan Masyarakat Saratok.

Sebagai salah satu daripada 16 agensi yang mengambil bahagian, penyertaan SALCRA merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peranannya dalam pembangunan tanah dan kemajuan ekonomi luar bandar.

Pesta dua hari itu berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung, dengan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Acara kemuncaknya, Regata Kalaka, telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh warna-warni dan kemeriahan.

Reruai SALCRA turut menjadi tumpuan ramai khususnya golongan muda, menerusi paparan maklumat bergambar, risalah interaktif dan aktiviti soal jawab berkaitan industri kelapa sawit. Selain itu, staf SALCRA yang bertugas turut memberikan penjelasan secara langsung kepada para pengunjung mengenai peranan agensi ini serta impaknya terhadap pembangunan komuniti luar bandar.

SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur atas jemputan serta peluang untuk menyertai program pameran pembangunan ini. Kehadiran SALCRA bukan sekadar sebagai agensi pempamer, tetapi juga sebagai rakan strategik dalam pembangunan luar bandar yang membantu mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Tahniah turut diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas semangat dan kerjasama yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran program ini. Penyertaan SALCRA dalam Pesta Saratok 2025 jelas mencerminkan aspirasi agensi untuk terus memperluaskan jaringan dengan masyarakat serta mengukuhkan peranannya sebagai pemangkin pembangunan tanah di Sarawak.

 

 

Published in Information